Pages

Thursday 5 January 2012

Pendidikan Konservasi -Part 2-

2.0 KONSEP PENDIDIKAN KONSERVASI
Menurut Kamus Dewan Konservasi dide!nisikan sebagai menjaga, memelihara
sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pendidikan ditakrifkan
sebagai kaedah mendidik untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan
cara hidup. Kita juga perlu memahami apa yang dikenali sebagai alam semula jadi
dan apa pendidikan alam semula jadi? Alam Semula jadi boleh diertikan sebagai
alam ciptaan tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia
yang wujud secara semula jadi. Alam semula jadi boleh dilihat sebagai semua
komponen semula jadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara
satu sama lain dalam keseimbangan.

Oleh itu pendidikan konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran
kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau di
musnahkan. Pendidikan konverservasi yang disebatikan dalam pendidikan luar
lebih menekan kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara
alam semula jadi. Dengan kata lain pendidikan konservatif dalam pendidikan
luar banyak lebih tertumpu kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam
semula jadi. Pendidikan konservasi merupakan salah satu strategi yang berkesan
bagi meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap pentingnya
pendidikan alam sekitar.

Dengan melaksanakan pendidikan konservasi di sekolah kita akan dapat
membentuk warganegara yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar dan
mempunyai komitmen terhadap usaha memelihara penghidupan yang seimbang.





2.1 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR.
Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian
bukan sahaja oleh badan bukan kerajaan, media malah oleh kerajaan.Memandangkan keperluan dan kepentingan sejagat pendidikan konservasi amat perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk kesedaran yang berterusan di dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini pendidikan konservasi telah menjadi elemen yang amat penting dalam pendidikan luar dewasa ini. Pendidikan konservasi membolehkan peserta pendidikan luar menghayati
Kepentingan alam sekitar.  

Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai kesedaran untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar bertujuan mengelakkan malapetaka alam sekitar. Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain bencana alam sekitar dapat dielak sekiranya alam sekitar dapat di jaga dengan sempurna. Anda mampu mengubahnya.

2.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN KONSERVASI.
Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara iaitu:

(i) Kesedaran
Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan
masyarakat terhadap alam semula jadi

(ii) Pengetahuan
Pendidikan konservasi akan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan
serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini di harap akan
melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab

(iii) Sikap
Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai
sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk
memelihara alam semula jadi




(iv) Kemahiran
Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai
kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu
dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.

(v) Kebolehan menilai
Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya
dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan.

(vi) Bekerjasama
Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasa-
ma dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan
dengan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment