Pages

Monday 9 January 2012

Permainan Dulukala

 
 Baling Selipar Atau Tuju Kasut.

Permainan ini merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu yang semakin dilupakan oleh generasi muda. Permainan ini mempunyai banyak nama iaitu baling selipar bagi kebanyakkan tempat, tuju kasut bagi panggilan dikawasan sebelah utara dan  terdapat juga yang memanggilnya sebagai permainan  bola kaki tiga.

Permainan ini dimainkan dalam dua kumpulan. Kumpulan yang pertama atau kumpulan A dan kumpulan kedua atau kumpulan B. alatan yang digunakan semasa permainan perlulah sekurang-kurangnya tiga buah selipar untuk didirikan secara menegak manakala sebuah selipar lagi digunakan untuk menyerang pihak lawan. Permainan ini boleh dimainkan tanpa mengira usia dan jantina.

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk bermain permainan ini ialah, kedua-dua pasukan perlu mempunyai pemain yang sama jumlahnya. Sebagai contoh, jika kumpulan A mempunyai 11 orang pemain maka kumpulan B yang berindak sebagai kumpulan lawan juga perlu mempunyai pemain yang sama banyak. Hal ini untuk memastikan permainan berlangsung secara adil.

Setelah itu, kedua-dua pasukan akan membuat undian untuk menentukan kumpulan mana yang berhak untuk memulakan permainan. Secara kebiasaannya, kumpulan yang memenangi undian akan memulakan perlawanan dengan membaling susunan tiga buah selipar yang didirikan secara menegak. Jika salah seorang berjaya menjatuhkan atau menyelerakkan binaan selipar tersebut maka permainan bermula. Walaubagaimanapun, jika kesemua pemain dari pasukan yang membaling selipar tidak berjaya menjatuhkan susunan binaan selipar tersebut ,maka kumpulan yang kedua akan terus menggantikan kumpulan pertama untuk memulakan permainan.

 Permainan akan bermula secara rasminya jika binaan selipar atau kasut yang dibaling oleh pemain mana-mana pasukan jatuh atau berselerak. Jika kumpulan A yang menjatuhkan selipar atau kasut tersebut, maka pasukan B akan bertindak membaling satu selipar yang digunakan khas untuk mematikan setiap pemain pihak lawan sehingga habis. Pasukan B hanya dibekalkan dengan satu selipar sahaj untuk dibaling kearah pihak lawan. Selain itu setiap ahli pasukan B tidak dibenarkan bergerak semasa mahu membuat balingan kearah pihak lawan.

Pihak lawan atau pasukan A pula akan cuba untuk membina semula binaan selipar dalam keadaan menegak seperti keadaan sebelumnya. Namun begitu, mereka perlu berhati-hati dan sentiasa mengelak daripada terkena selipar yang dibaling oleh pihak pasukan B. Jika terdapat pemain daripada pasukanA yang terkena selipar hasil daripada balingan daripada kumpulan B, maka dia sudah pun dianggap terkeluar daripada permainan.

Pemain daripada pasukan A perlu yang tinggal perlu terus cuba untuk membina semula selipar atau kasut yang telah berselerak. Jika kesemua ahli kumpulan A berjaya dimatikan dalam perlawanan maka perlawan itu berakhir dan tiada markah atau mata untuk pasukan tersebut. Walaubagaimanapun, jika mereka berjaya membina semula binaan selipar atau kasut  tersebut mereka akan berjaya memperoleh satu markah dan pasukan tersebut akan terus bermain untuk pusingan yang berikutnya.

Tempat untuk bermain permainan ini adalah tidak terhad. Permainan ini boleh dimainkan dkawasan lapang seperti kawasan padang namun untuk lebih mencabar permainan ini boleh dimainkan dikawasan-kawasan yang mempunyai halangan. Permainan ini juga boleh dimainkan dalam kawasan yang terhad seperti didalam dewan tetapi setiap ahli pasukan tidak perlulah terlalu banyak sehingga menimbulkan ketidak selesaan semasa bermain.  Manipulasi alatan juga boleh dilakukan, sebagai contoh, jika merasakan selipar atau kasut tidak sesuai digunakan untuk membaling kearah pihak lawan, maka peralatan lain seperti bola tampar atau bola tenis yang lebih ringan boleh digunakan untuk mengelak daripada berlakunya kecederaan. 

Permainan ini sememangnya menggunakan beberapa  pergerakkan asas seperti berlari, berjalan dan melompat untuk mengelak daripada terkena selipar yang dibaling oleh pihak lawan. Permainan ini juga bermanfaat dalam membentuk kerjasama sesama ahli kumpulan. Selain itu, permainan ringkas ini memerlukan ketangkasan, kecekapan dan koordinasi tubuh yang betul untuk memastikan kumpulan yang disertai boleh mendapat markah. Konklusinya, permainan tradisional ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada sesiapa sahaja yang berani mencuba untuk bermainnya.


Saturday 7 January 2012

Pengurusan Pertandingan

PELAN TINDAKAN (SEBELUM PERTANDINGAN)
§  Menyediakan kertas kerja
§  Menubuhkan JK Induk untuk menentukan tarikh dan tempat
§  Mesyuarat JK Induk
§  Menubuhkan JK Kerja
§  Mesyuarat JK Kerja untuk menentukan bidang tugas

( SEMASA PERTANDINGAN)
§  Taklimat
§  Memantau perjalanan kejohanan
§  Penyelarasan
§  Pelaporan
§  Mencatat keputusan

Semasa pertandingan berjalan terdapat tiga perkara yang paling utama diberi perhatian.

i)kehadiran pengadil pertandingan
·         Pengadil adalah bertauliah
·         Hakim dan pegawai adalah cukup
·         Pengadil tahu masa, tempat, dan peranan mereka.
·         Pastikan pegawai dan hakim mengisi borang-borang markah atau keputusan pertandingan.

ii)kemudahan tempat pertandingan
·         Tempat mudah dicari dan tempat letak kereta adalah banyak.
·         Pengangkutan ke tempat sukan adalah mudah dan banyak.
·         Alat-alat sukan diperiksa dan dalam keadaan baik.
·         Penggunaan alat dan teknik yang sesuai dan betul.
·         Kemudahan tandas dan bilik tukar pakaian disediakan.

iii)kehadiran peserta pertandingan mengikut masa.
·         Jumlah Peserta adalah betul dan cukup.
·         Pakaian peserta yang sesuai dan sempurna.
·         Semak bilangan peserta sekali lagi sebelum balik.
·         Pastikan peserta tidak sakit atau wujud kecederaan.
·         Kemas kini borang-borang markah atau keputusan pertandingan.
·         Pastikan peralatan yang digunakan cukup seperti asal dan tidak ada yang tercicir atau hilang.

(SELEPAS PERTANDINGAN)
§  Mesyuarat Post Mortem
§  Membuat laporan penuh
§  Surat-surat penghargaan kepada yang berkenaan
§  Surat-surat Kepujian dan Imbuhan

Thursday 5 January 2012

Organisasi Persatuan -Part1-

CARTA ORGANISASI



PENGERUSI
v  Mengetuai pengurusan pasukan
v  Mengetuai  mesyuarat agong

NAIB PENGERUSI
v  Membantu pengerusi
v  Mewakili pengerusi jika pengerusi  tiada

 SETIAUSAHA
v  Membuat minit mesyuarat
v  Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan.
v  Membuat portfolio pasukan
v  Mencatat informasi yang penting

BENDAHARI
v  Mengutip yuran
v  Mengurus segala perbelanjaan pasukan


PEMBENTUKAN AJK
Setiap pengelola sukan dan permainan seharusnya   membentuk Ahli Jawatankusa Pengelola Pertandingan.
v  Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola boleh dibentuk seperti berikut :
                        * Ahli Jawatankuasa Induk
                        * Ahli Jawatankuasa Kerja/Kecil


                                                     AHLI JAWATANKUASA INDUK


                                                                         Pengerusi
                                                                 Timbalan Pengerusi
                                                                       Setiausaha
                                                                 Penolong Setiausaha
                                                                        Bendahari
                                                              Ahli Gabungan / Majlis


AHLI JAWANTANKUASA KERJA/KECIL
Negeri
Daerah
Sekolah
Individu
Ahli Gabungan 

CONTOH AJK KERJA/KECIL
AJK Pertandingan
AJK Teknikal
AJK Publisiti
AJK Keselamatan
AJK Minuman/ Makanan
AJK Protokol & Jemputan
AJK Statistik & Keputusan
AJK Hadiah & Cenderahati

PROSES KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN
a)    Mengemukakan surat mohon kebenaran melaksanakan pertandingan  menggunakan kertas kerja.
b)    Setelah kelulusan diterima, surat pelantikan AJK diedarkan beserta surat panggilan mesyuarat kali pertama.
c)    Mesyuarat jawatankuasa diadakan kali pertama bagi menerangkan program dan mengemukakan kertas kerja kepada AJK.
d)    Menerangkan tugas-tugas jawatankuasa, perbelanjaan dan sumber serta menentukan tarikh mesyaurat jawatankuasa kali ke-2.
e)     mesyuarat pengurus-pengurus pasukan :
                        i. Menetapkan tarikh
                        ii. Mengesahkan pasukan yang bertanding
                        iii. Undian kumpulan/pasukan
                        iv. Menentukan peraturan dan pertandingan


 f)   Menghantar laporan minit mesyuarat yang disahkan kepada PPD dan pengurus-pengurus  pasukan.
      
g)   Mesyuarat jawantankuasa pengelola kali ke-2 diadakan dengan  menerima laporan pengurus-pengurus pasukan yang telah bermesyuarat.
      
h)   Setiausaha menyediakan format laporan pada semua jawatankuasa pengelola bagi   menentukan proses kerja masing-masing yang dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu sebelum,   semasa dan selepas kejohanan.
    
 i)  Laporan program perlu disediakan beserta gambar merangkumi rumusan, komen dan cadangan untuk penambaikan.
     
j)   Melaksnanakan program mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.




Pendidikan Konservasi -Part 2-

2.0 KONSEP PENDIDIKAN KONSERVASI
Menurut Kamus Dewan Konservasi dide!nisikan sebagai menjaga, memelihara
sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pendidikan ditakrifkan
sebagai kaedah mendidik untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan
cara hidup. Kita juga perlu memahami apa yang dikenali sebagai alam semula jadi
dan apa pendidikan alam semula jadi? Alam Semula jadi boleh diertikan sebagai
alam ciptaan tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia
yang wujud secara semula jadi. Alam semula jadi boleh dilihat sebagai semua
komponen semula jadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara
satu sama lain dalam keseimbangan.

Oleh itu pendidikan konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran
kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau di
musnahkan. Pendidikan konverservasi yang disebatikan dalam pendidikan luar
lebih menekan kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara
alam semula jadi. Dengan kata lain pendidikan konservatif dalam pendidikan
luar banyak lebih tertumpu kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam
semula jadi. Pendidikan konservasi merupakan salah satu strategi yang berkesan
bagi meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap pentingnya
pendidikan alam sekitar.

Dengan melaksanakan pendidikan konservasi di sekolah kita akan dapat
membentuk warganegara yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar dan
mempunyai komitmen terhadap usaha memelihara penghidupan yang seimbang.





2.1 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR.
Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian
bukan sahaja oleh badan bukan kerajaan, media malah oleh kerajaan.Memandangkan keperluan dan kepentingan sejagat pendidikan konservasi amat perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk kesedaran yang berterusan di dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini pendidikan konservasi telah menjadi elemen yang amat penting dalam pendidikan luar dewasa ini. Pendidikan konservasi membolehkan peserta pendidikan luar menghayati
Kepentingan alam sekitar.  

Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai kesedaran untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar bertujuan mengelakkan malapetaka alam sekitar. Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain bencana alam sekitar dapat dielak sekiranya alam sekitar dapat di jaga dengan sempurna. Anda mampu mengubahnya.

2.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN KONSERVASI.
Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara iaitu:

(i) Kesedaran
Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan
masyarakat terhadap alam semula jadi

(ii) Pengetahuan
Pendidikan konservasi akan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan
serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini di harap akan
melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab

(iii) Sikap
Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai
sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk
memelihara alam semula jadi




(iv) Kemahiran
Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai
kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu
dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.

(v) Kebolehan menilai
Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya
dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan.

(vi) Bekerjasama
Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasa-
ma dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan
dengan alam sekitar.