Pages

Friday 20 May 2011

sEtiAp PeRtEMuAn paSti adE PerPisAhan.....

ya ALLAH.....knp perkara ni berlaku pd masa ni....blom abeh satu masalah satu masalah lg timbul..tambh plak dgn exam lg...ujian yg ENGKAU berikan sungguh berat ya ALLAH.... namun ak redha...ak tau sebalik semue msti ad hikmah nye...

urmmmm,, pejam celik..pejam celik..da hampir 8 tahun ak dudk kt negeri org ni..smpi ak sndiri rase yg ak mmg berasal dr sini..pekan PARIT...satu tmpat yg pd awl dlu sgt3..laaa ak ase x best..tp ternyata jangkaan ak meleset... kt sini la ak tau ap mkne kehidupan..persahabatan...persaudaraann..kasih sayang...masih jeloas lg awl masok form1..mule2 masuk klas RK..tp pastu kne tndg msok klass MURNI... mmg best...jmpe kwn2..kt sini la ak mule jmpe ap yg ak pggl sahabat...
then....TUHAN  tu maha bijaksana...naik form2 masokklass  RK blek...lg skali ak jmpe sahabat2 yg bnyk paham akn ak ni...wlupun mase kt skola ak ni laa yg plg diam@pasif..tp dlm hati ak ase seronok sgt dpt sahabat2 yg happening..mmg korang x terdapat  la kt pasaran...huhuhu... klu da 4/5 tahun satu kelass..ap lg yg bole diibaratkan klu bukan persaudaraan...da mcm adik beradik daa..sdgkn adik beradik ak sndiri pun x rapat mcm ak rapat ngn sahabat2 ak ni...nmpak over kan,, tp..tu la hakikatnye..tnpe sahabat spe la kte...

Namun.....setiap pertemuan pasti ad perpisahan....29/5/2011...ak akhirnya terpakse tinggalkan bumi parit..*cewahhh...abah dpt tukar ke TANJUNG MALIM...wlupun still dlm perak...tp jauhhh tuuuu...huk.huk.huk.. :'(  plg kurg pun mkn 2 jam woaaa dr parit...aduihhhh...ni la berite yg plg ak takut2 kan selama ini...mne x nye...da parit tu ak  anggap mcm kampung halaman..segala bagai pengalamn..pahit,,manis,,masam, kelat,, tawar,, sume ad..tbe2 je ari ni ibu call kte nk pindahhhhhh....alamakkk hilang mood ak satu ari..da la nk exam..study apah pun idak...3 paper lg lak tu...perghhh...sentap btol ak...knp la mse ni lakmnde ni nk jd..da la ad satu lg masalah yg bru je dtg...ya ALLAH..tabahkan la hati ak ni...kuat kn la iman ku...

kpd sahabat2 ku sekalian... *terutama yg kt parit..nk inform kt korg ni.. ak da pindah,, x duduk taman parit jaya daa....isk.isk..isk...bye..bye...tp wlu ap pun tali persahabatan yg tersimpul rapi ni ak harapkn x kn terurai mcm tu je...jge la sebaik mungkin....*pergh sedih gle wktu ni beb...haha...ak da anggp korang sebhgn drpd idop ak ni...x de korg, x de la ak yg mcm skang ni....sayaangggg korg ketat2 weiiiyhh...haha...lpas mmg susah sket la nk jmpe..terutame kpd syazwan*nme ko first wan..haha..atan..ikbal..perak..foot..solehin..ba'a...haha..yg len2 tu pun sme gak..yg pompuan  sje x nk tulih nme..takot kontrovesi...hihihi...nseb bek la ak ni study ipoh..tp pas ni x blek parit daa..blk umah bwu...jauh woaa..bwt mase ni ak x nk gtau dlu r mne letaknye umah ak tu..tp yg pasti kt TANJUNG MALIM...ak pun tgh blurrr nii..da la nk exam..haishhhhh....

sbnrnye klu ikut hati bnyk lg yg ak nk membebel ni...tp kang klu owg bce..kowg ckp ak muke lagend hati kiut lak...haha....*tp dlm hati gua ad taman bunge2 beb* ok laa...salam perpisahan laa..tp jgn la senyap tros ye..facebook kn ad..ap gune..haha..nseb bek la ad pesbuk ni...kredit ak bg kt syazwan sbb tlog ak bwt facebook..ajo ak men counterstrike skali*...haha...study la serajin yg boleh,,kpd sesape yg masih study sbb mase tu bergerak..dan yg pasti mase x kn tggu kite n patah balik ke masa lampau...mahal x mahalnye ciptaan tuhan yg dipanggil mase ni...sbb tu mase ak dok kt parit da abeh..dan mngkin tuhan da tetapkan...tp ap bole bwt...suratan takdir..pas ni klu ad cntct2 la ye..x dpt gune phone, gne fb ni..jgn la lupe kt ak lak... .Assalamualaikum..salam persahabatan.....

(lega sket dpt luah kt sini...tp ad satu mslh lg blom selesai..akn ku siasat knpe....) sayoonaraaaaaa......





.

Thursday 12 May 2011

Cabaran Lahirkan Daie Muda..

KESUCIAN dan kemuliaan dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW ketika hayatnya tidak boleh terhenti begitu sahaja tanpa pelapis baru dan muda. Ini kerana generasi manusia sentiasa bertukar ganti.
Generasi tua akan pergi menemui ilahi, maka tinggallah generasi muda yang memerlukan tunjuk ajar golongan ulama yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Allah SWT menegaskan betapa pentingnya golongan pendakwah dalam memelihara agama Islam melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Sesungguhnya mereka yang bersifat sedemikian adalah golongan yang berjaya. (Ali-'Imran: 104)
Bagaimanapun, banyak cabaran yang perlu dilalui untuk melahirkan golongan muda sebagai pendakwah. Antaranya:
l Semangat menyemarakkan masjid, surau untuk solat berjemaah tidak dibudayakan dalam masyarakat kita.
Anak-anak muda lebih suka berseronok antara maghrib hingga ke larut malam di kedai-kedai kopi, kelab malam dan sebagainya semata-mata untuk menonton video percuma atau bersembang kosong berbanding datang ke masjid mendalami ilmu-ilmu agama yang disampaikan oleh para ustaz dan ustazah.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu lebih peka terhadap mendisiplinkan anak-anak agar meminati institusi masjid dalam semua keadaan. Jika ini dapat dilaksanakan, nescaya apabila dewasa kelak golongan ini tidak kekok menjadi seorang bilal atau imam yang berdisiplin di samping melatih mereka menjadi ketua keluarga yang bertakwa kepada Allah SWT.
l Kebanyakan ibu bapa beranggapan seorang pendakwah tidak boleh mencari makan apatah lagi untuk menjadi popular seperti doktor, jurutera, artis, penyanyi, pelawak dan seumpamanya.
Sebenarnya mereka terlupa bahawa rezeki, kekayaan dan populariti kesemuanya adalah anugerah Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT, maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan Dia juga kan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka oleh kamu. (al-Talaq: 2-3)
Jika diperhatikan, sehingga ke saat ini, tiada seorang pun pendakwah, hafiz al-Quran, imam dan bilal yang mati kebuluran kerana tidak cukup makanan dan sebagainya. Maka dengan itu, pemikiran seperti ini perlu dinyahkan daripada paradigma atau mentaliti masyarakat kita.
l Segala jenis program hiburan begitu bermaharajalela di hati masyarakat khususnya golongan muda. Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit, masa dan sebagainya bagi memenuhi kehendak syahwat berhibur yang melalaikan sama ada di tempat-tempat hiburan atau sebagainya.
Maka tidak pelik seorang pemimpin penjajah telah berkata dengan angkuhnya: "Sesungguhnya segelas arak dan seorang pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam". (Hasnan Kasan dalam bukunya Generasi Muda Islam & Cabaran Globalisasi m.s: 118)
l Pihak pentadbir masjid termasuk imam dan bilal berkemungkinan tidak memainkan peranan sewajarnya menarik golongan muda ke masjid selain mereka juga tidak mesra pelanggan atau sebagainya.
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan juga kurang mendapat sambutan apabila penghebahan tidak dilakukan dengan sewajarnya. Ditambah tajuk-tajuk ceramah yang tidak menepati cita rasa semasa yang sepatutnya dibincangkan secara ilmiah dan akademik.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, ahli jawatankuasa masjid perlu lebih agresif memastikan program-program masjid dapat diminati oleh semua golongan khususnya golongan muda.
Di samping itu, segala jenis persengketaan perlu dielakkan kerana dengan perbuatan tersebut akan menyebabkan golongan muda tidak minat mendekati masjid di bawah pentadbiran yang bertelagah dan berpecah belah antara satu sama lain.
Memupuk sikap bersatu padu, bermusyawarah, saling hormat-menghormati antara jemaah dalam institusi masjid dan surau amat penting, demi memartabatkan syiar Islam di muka bumi ini.
Kesemua cabaran yang disebutkan tadi adalah perkara yang perlu diubah dan diperbaiki dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Jika ia masih berterusan, maka semestinya kekangan untuk melahirkan golongan pendakwah di kalangan generasi muda akan turut terganggu...waallahualam...^^'

Wednesday 11 May 2011

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN KECERGASAN


Kecergasan jasmani bukan satu perkara yang sedia wujud atau berlaku secara semulajadi selari dengan proses kematangan seseorang. Tahap kecergasan boleh dibina melalui latihan jasmani. Latihan kecergasan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan berulang-ulang untuk meningkatkan kecergasan seseorang kepada tahap tertentu supaya berupaya menyempurnakan tugas-tugasnya.
Latihan yang dirancang secara sistematik dengan jadual yang teratur dan berdasarkan prinsip-prinsip latihan akan memberi faedah dan kesan latihan kepada pelakunya. Jika latihan dilakukan sesuka hati dan tidak mematuhi prinsip-prinsip latihan, kesan-kesan negative boleh berlaku kepada tubuh badan dari segi jasmani dan fisiologi, termasuk kecederaan akibat salah amalan. Terdapat 5 prinsip latihan kecergasan yang perlu diketahui terutama sekali bagi seseorang pemain atau atlet.
1. Prinsip Perbezaan Individu:
Perancangan latihan hendaklah mengambil kira bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai sifat-sifat tersendiri dari segi kebolehan yang ditentukan oleh genetic, kematangan fizikal dan mental, tahap kecergasan jasmani yang sedia ada, amalan pemakanan dan gaya hidup. Oleh itu bagi seseorang jurulatih kecergasan, perkara ini perlu diambil kira sebelum memberi latihan yang sesuai kepada seseorang atlet/pemain.

2. Prinsip Tambah Beban (Overload)
Beban latihan yang lebih lagi perlu ditambah semasa latihan dari semasa ke semasa supaya keupayaan badan semakin meningkat. Penambahan beban boleh dilakukan dengan menyesuaikan intensiti latihan, kekerapan latihan dan jangka masa satu sesi latihan. Latihan yang berterusan tanpa aplikasi prinsip tambah beban hanya dapat mengekalkan kecergasan yang sedia wujud dan tidak dapat meningkatkan kecergasan.
3. Prinsip Pengkhususan (Spesifisiti)
Aktiviti latihan yang dilalui oleh seseorang perlu dirancang supaya sesuai untuk keperluan kecergasan yang sebenarnya bagi jenis sukan yang diceburi. Keperluan seorang pelari pecut dan seorang pelari marathon serta pemain badminton adalah berbeza. Oleh itu, latihan yang mereka lakukan hendaklah berbeza dan khusus mengikut keperluan individu itu.
4. Prinsip Ansur Maju.
Latihan dan bebannya dari segi intensiti kekerapan dan jangka masa hendaklah ditingkatkan dengan cara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat mengikut kemampuan atlet atau pemain.
5. Prinsip Kebolehbalikan (Reversibiliti)
Kesan atau kecergasan yang diperoleh melalui latihan hendaklah digunakan. Tahap kecergasan bukan perkara yang kekal. Jika seseorang yang cergas berhenti berlatih, tahap kecergasannya akan beransur hilang dan balik kepada keadaan yang asal.

Renung2 kaN...& sLamaT beRaMal...

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.
Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )
Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.
PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??
~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :
-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya
~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

 

Tuesday 10 May 2011

~JANGAN TELAN PANADOL~ sekadar perkongsian...


SEBUAH KISAH BENAR.... Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda. p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??