Pages

Wednesday 27 July 2011

Semakin Dekat Dengan Pencipta...

Assalamualaikum...urmm..kali ni x nk tulih panjang2 sangat...cume nk share beberapa perkara jerr..

28/7/1992....tarikh dimana seorang Ibu telah melahirkan seorang waris sulung dalam keluarganya... kelahiran seorang insan yg padanya terletak seribu satu harapan agar menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat..

Yee,insan itu ialah aku... Syukur ke hadrat Ilahi, sehingga ke saat ini..ak masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas bagi menjalankan tanggungjawab ku sebagai seorang manusia yang sepatutnya patuh pada agama, keluarga dan masyarakat sekeliling...

Sambil duduk termenung di luar tingkap bilik ni... perkara pertama yg ak terpikir ialah keluarga ku...dr awal semester 3 ni ak x penah blek umah...rindu pada ibu ngn abah jgn cakap laa...bkn x nk blek tp skang umah da jauh..cuti plak x kjap2 je..jd itu semua membataskan hasrat utk pulang..urmm x pe laa, sket lagi InsyaALLAH, ak akn blek utk sambut RAMADHAN AL-MUBARAK...(^_^)

28/7/2011 bersamaan 27 SYAABAN 1432 HIJRAH...genap 19 tahun ak dipinjamkan nyawa oleh Tuhan yang SATU...
Semakin hari diri ini semakin dekat dengan PENCIPTA... terpikir juga, sudah sedia ke diri untuk mengadap TUHAN YANG SATU..andai kata nyawa yang dipinjamkan akan tamat tempoh peminjamannya...sudah bersedia ke utk menjawab satu persatu ttg perlakuan semasa diberi ruang utk hidup dlm dunia yg penuh cabaran ni..jawapan tentu TIDAKKK...

YA ALLAH, dosa ku terhadap MU sangat tidak terhitung...pelbagai dosa yg telah ak lakukan tanpa sengaja ataupun tidak sengaja...ampun kan lah segala dosa-dosa ku ya ALLAH...
 YA ALLAH....tatkla usia semakin hari semakin bertambah, maka tanggungjawab juga semakin bertambah...banyak perkara perlu dilakukan serta dilunaskan dengan menggunakan kewarasan akal dan REDHA dariMU... YA TUHAN...ENGKAU BERILAH PETUNJUK DAN PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KU....


Walaubagaimanapun aku sgt gembira dengan keadaan ku skarang ni...CUKUP GEMBIRA...masih jauh lagi perjalanan hidup yang perlu ditempuhi dan diharungi utk merealisasikan hasrat bergelar seorang pendidik, muaddid dan murshid...banyak lagi tanggungjawab yg perlu diselesaikan bkn sahaja tanggungjawab sebagai pelajar tetapi tanggungjawab sebagai seorang MUSLIM...aku berharap aku tidak terlalu leka dengan DUNIA YANG SEMAKIN MENGGILA...

Aku juga sgt2 berharap agar ibu n abah, keluarga, dan semua rakan2 ku utk terus memberi kepercayaan kpd diri ini agar aku dpt terus berdiri utk  MENEMPUH hari2 yg mendatang...

al-'Asr
 
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
 
By (the Token of) Time (through the ages), 
 Verily Man is in loss, 
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy. 



p/s:  Demi masa... Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian...Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran......

No comments:

Post a Comment